Permulaan Apple Computer Steve Jobs

Lihat juga: Sejarah Apple

Apabila Jobs yang ketika itu berumur 21 tahun melihat komputer yang direka oleh Wozniak untuk kegunaan diri, beliau meyakinkan Wozniak untuk membantunya dan mereka memulakan sebuah syarikat untuk memasarkan komputer. Syarikat Apple Company diasaskan sebagai sebuah perkongsian pada 1 April 1976. Walaupun tujuan permulaan mereka adalah hanya untuk menjual papan litar bercetak, Jobs and Wozniak akhirnya mencipta sekumpulan komputer siap pasang dan dengan itu, menyertai perniagaan komputer peribadi. Apple I, komputer peribadi pertama yang Jobs dan Wozniak memperkenalkan dijual pada harga AS$666.66, suatu nombor yang dicadangkan oleh Wozniak kerana beliau suka akan digit yang berulang.[35] Apple II, pengganti untuk komputer pertama, diperkenalkan pada tahun berikut. Komputer kedua ini mencapai suatu kejayaan yang unggul dan menyebabkan Apple menjadi satu pemain yang utama dalam industri komputer peribadi yang baru muncul (nascent). Pada bulan Disember 1980, dengan Tawaran Awam Permulaan (IPO) yang amat berjaya, Apple Computer menjadi sebuah perbadanan yang didagang secara awam, dan menyebabkan Jobs menjadi seorang jutawan.

Ketika Apple terus berkembang, syarikat itu mula mencari seorang eksekutif yang berpengalaman untuk membantu menguruskan perkembangannya. Pada tahun 1983, Jobs memikat John Sculley untuk meletakkan jawatannya di Pepsi-Cola untuk menjawat Ketua Pegawai Eksekutif Apple dengan cabaran, "Adakah anda hendak menghabiskan seumur hidup anda dengan menjual air gula, atau anda hendak suatu peluang untuk mengubah dunia?"[39][40] Pada tahun berikut, Apple mula berbuat demikian dengan iklan televisyen Super Bowl yang berjudul "1984". Dua hari kemudian dalam mesyuarat pemegang saham tahunan pada 24 Januari 1984, suatu Jobs yang penuh beremosi memperkenalkan Apple Macintosh kepada wildly enthusiastic audience; Andy Hertzfeld memerihalkan the scene as "pandemonium".[41] Macintosh menjadi komputer antara muka pengguna grafik yang pertama yang mencapai kejayaan komersil, walaupun ia amat dipengaruhi oleh Xerox PARC. Pembangunan Mac dimulakan oleh Jef Raskin, dan akhirnya diambil alih oleh Jobs.

Sedangkan Jobs merupakan seorang persuasive and charismatic evangelist bagi syarikat Apple, sesetengah pekerja pada zaman itu memerihalkannya sebagai seorang pengurus yang tidak menentu dan tempestuous. Suatu industry-wide sales slump menjelang akhir tahun 1984 menyebabkan deterioration dalam hubungan working relationship Jobs dengan Sculley, dan pada akhir bulan Mei 1985 – menyusuli suatu power struggle dalaman dan pengumuman significant layoffs – Sculley menyingkirkan Jobs daripada tanggungjawabnya sebagai ketua bahagian Macintosh.[42]

Rujukan

WikiPedia: Steve Jobs http://www.beautymania.biz/2011/08/entertainment-p... http://www.apple.com/pr/bios/jobs.html http://www.apple.com/pr/library/2011/08/24Letter-f... http://www.apple.com/pr/library/2011/08/24Steve-Jo... http://www.apple.com/pr/library/2011/10/05Statemen... http://www.apple.com/pr/photos/execs/jobsphotos.ht... http://www.apple.com/stevejobs/ http://www.arcade-history.com/index.php?page=detai... http://upcomingpixar.blogspot.com http://www.businessweek.com/bwdaily/dnflash/oct200...